Jumaat, 14 Ogos 2015

MERISIK



Merisik bertujuan untuk pihak keluarga sebelah lelaki dapat memilih dan mengetahui latar belakang bakal menantu perempuan. Hal ini bertujuan untuk memastikan para ibu bapa tidak tersilap dalam mencari dan memilih isteri untuk anak lelaki mereka. Adat ini turut dikenali sebagai menilik. selepas anak dara yang sesuai dipilih, biasanya pihak lelaki akan datang ke rumah anak dara tersebut. rombongan ini akan disertai oleh ahli keluarga perempuan bagi pihak lelaki. kedatangan ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa anak dara tersebut telah dimiliki atau belum. Selepas selesai merisik, rombongan akan pulang dan satu rundingan dilakukan dalam kalangan ahli keluarga pihak lelaki bagi mencari kata putus. Penetapan tarikh yang sesuai untuk menjalankan adat meminang dan pertunangan perlu dibincangkan.




Menurut kepercayaan orang tua-tua, apabila kedatangan menilik atau merisik itu dilakukan dengan tiba-tiba sahaja dan secara kebetulan pada waktu itu didapati anak dara tersebut sedang mandi atau mencuci pakaian, maka ia membawa suatu petanda yang baik, iaitu menunjukkan jodoh pertemuan yang sejuk. Bermaksud ikatan perkahwinan yang dibina akan berada dalam keadaan senang lenang dan bermuafakat. Sebaliknya berlaku sekiranya waktu rombongan datang, anak dara tersebut sedang memasak, maka ia membawa alamat kurang baik kerana kononnya, membawa petanda panas. Namun begitu, bagi masyarakat kini, kepercayaan demikian tidak lagi diamalkan dan dititikberatkan.

adat perkahwinan



Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar.

Antara objektif yang telah dibincangkan adalah:

1. untuk memberi pendedahan yang mendalam terhadap adat perkahwinan Melayu kepada masyarakat.

2.Mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu.

3.Mengajak masyarakat sama-sama memeliharawarisan nenek moyang

4.Memberi petunjuk dan sedikit pengetahuan kepada golongan yang bakal mengakiri zaman bujang mereka.

5.Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan

6.Membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran sosial setiap ahli kumpulan